Monday, 12 October 2015

BAB 5 ISU ISU KEPRIHATINAN NEGARA

PERANAN MALAYSIA DALAM ASEAN










Malaysia dan Hubungan Serantau (ASEAN)
    Keanggotaan dan matlamat
    Bentuk kerjasama
    Cabaran



Pengenalan
Dasar luar Malaysia bertujuan menjamin kemakmuran dan kestabilan negara serta keselamatan negara. Kerjasama antarabangsa dan hubungan luar melibatkan unsure politik, social, ekonomi dan budaya. Dasar luar Malaysia juga melibatkan usaha mencari cara-cara baharu untuk mencapai dan menjaga kepentingan negara dalam persekitaran antarabangsa yang sentiasa berubah. Perkembangan dasar luar negara dipengaruhi fahaman atau konsep kepimpinan setiap Perdana Menteri. Jika sebelumnya dasar luar negara lebih menekankan hubungan serantau, kini penekanan lebih diberikan pada hubungan dengan negara lain pada peringkat antarabangsa demi memelihara kepentingan ekonomi dan politik selaras dengan era globalisasi.


Keanggotaan dan Matlamat
Keanggotaan ASEAN

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan di Bangkok, Thailand pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi Bangkok.
ASEAN terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. Brunei Darussalam menyertai ASEAN pada 7 Januari 1984, Vietnam pada tahun 1995, Laos dan Myanmar pada tahun 1997 dan Kemboja (Kampuchea) pula menyertai ASEAN pada tahun 1999.


Matlamat ASEAN
Antara matlamat penubuhan ASEAN adalah seperti berikut:
    Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan social dan pembangunan kebudayaan di rantau Asia Tenggara.
    Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
    Menggalakkan kerjasama dan bantuan antara satu sama lain dalam pelbagai bidang termasuk latihan dan penyelidikan
    Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama dalam sektor pertanian dan perdagangan.
    Mengeratkan hubungan dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa lain.


Bentuk Kerjasama 


 






Kerjasama Politik


1.    Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara serantau, konsep ZOPFAN  telah diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971.
2.    Matlamat penubuhannya ialah:
a.    Memelihara keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mengelak campur tangan daripada mana-mana pihak luar seperti Rusia, Amerika Syarikat dan China dalam hal-hal di rantau ini.
b.    Menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku di Asia Tenggara secara aman dan bukan menggunakan kekerasan.
c.    Mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara kuasa besar.
d.    Memberi peluang kepada negara anggota untuk menentukan nasib sendiri.
3.    Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk pada 16 Disember 1987 untuk memastikan kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuclear.
4.    ASEAN mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik seperti pencerobohan Vietnam di Kemboja, iaitu tentera Vietnam harus berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang untuk menentukan nasib negara mereka sendiri.

Kerjasama Ekonomi

Kerjasama ekonomi dari tahun 1967 hingga 1976 boleh dikatakan lembab kerana tiada aktiviti dijalankan pada peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula setelah beberapa perjanjian seperti Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) dan Perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN Concord) ditandatangani pada tahun 1976 di Bali semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama.
Antara kerjasama ekonomi negara-negara anggota ASEAN adalah seperti berikut:
Melaksanakan projek-projek perindustrian seperti:

  • Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia
  • Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia
  • Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina
  • Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura
  • Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN di Thailand
  • Mengadakan usaha sama perindustrian ASEAN.
  • Mengadakan Skim Pelengkapan Perindutrian ASEAN, misalnya dalam bidang automotif.
  • Mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 untuk meningkatkan perdagangan antara negara anggota. Keistimewaan yang diberikan termasuk kontrak kuantiti jangka panjang, perolehan istimewa oleh entiti kerajaan, pelonggaran langkah-langkah bukan tarif dan perluasan tarif istimewa.
  • Mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan
  • Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council) ditubuhkan untuk menyelaras kegiatan bank-bank perdagangan di rantau ASEAN
  • Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberikan kemudahan kewangan kepada negara-negara yang terlibat dalam projek-projek uasaha sama ASEAN.
  • Mengadakan kerjasama dalam bidang komunikasi
  • Pemasangan kabel laut ASEAN menghubungkan negara anggota
  • Mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen
  • Mengiktiraf lessen pemandu di rantau ASEAN
  • Mengadakan kerjasama dalam sektor makanan dan pertanian
  • Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sebagai bank data mengenai masalah pertanian
  • Penubuhan Plant Quarantine Traning Centre and Institute di Serdang
  • Mengadakan dialog dengan negara-negara maju
  • Mewujudkan Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga yang menggalakkan pembangunan dalam bidang perdagangan, perlancongan, pengangkutan dan perhubungan seperti:
  • IMT-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand)
  • IMS-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Singapura)    BIMP-EAGA (Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina)
Kerjasama Sosial dan Kebudayaan
Tabung Kebudayaan ASEAN diwujudkan untuk mengeratkan hubungan antara negara ASEAN melalui aktiviti kebudayaan seperti Pesta Filem ASEAN dll.
Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Tujuan penubuhan adalah seperti berikut:

  • Mengembangkan Bahasa Melayu supaya setaraf dengan bahasa moden
  • Meningkatkan semangat persaudaraan di antara negara anggota
  • Meningkatkan peranan Bahasa Melayu sebagai alat perhubungan yang lebih luas
  • Pembentukan Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)
  • Menggalakkan kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan
Menganjurkan projek berikut;
  • Pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura (RELC)
  • Pusat Pembaharuan dan Teknologi di Filipina (INNOTECH)
  • Pusat Pendidikan Serantau bagi Pendidikan Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.


Cabaran ASEAN
Ekonomi

Pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama seperti bijih timah dan getah asli negara-negara ASEAN telah membantutkan pertumbuhan ekonomi dirantau ini.Negara-negara ASEAN terpaksa member perhatian kepada sektor perkilangan dan perkhidmatan.
Pengeluaran dan pemasaran keluaran yang sama menyebabkan persaingan yang sengit dikalangan negara ASEAN.Pergantungan kepada negara maju dari segi ekonomi masih berlanjutan. Indonesia dan Thailand dibebani hutang luar negara.


Sosial
Negara ASEAN menghadapi cabaran besar untuk mengekalkan taraf hidup rakyatnya. Proses pembandaran yang pesat dan kadar pengangguran yang meningkat menjejaskan usaha meningkatkan taraf hidup penduduk di negara ASEAN.


Politik
Perubahan kepimpinan di sesetengah negara ASEAN Percubaan rampasan kuasa atau keganasan di Filipina dan Indonesia. Negara ASEAN terpaksa mengenakan sekatan terhadap kebebasan berpolitik di negara masing-masing.

BAB 4 : EKONOMI MALAYSIA DAN RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA



PEMBANGUNAN NEGARA
4.1 RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN
Latar Belakang Pembangunan Negara
      Secara umumnya, sejarah perancangan pembangunan ekonomi negara boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama iaitu :
  
       Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi. Biasanya, pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju. Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi,politik,sosial,pendidikan,psikologi dan sebagainya. Selain itu,perubahan ini juga merujuk kepada aspek-aspek fizikal, aspek kebendaan. Secara keseluruhannya, pembangunan ekonomi negara yang seimbang menjadi matlamat utama dalam pengubahan dasar pembangunan ekonomi negara sejak kemerdekaan sehingga kini.
        Selepas kemerdekaan, pihak kerajaan mula melaksanakan beberapa rancangan pembangunan negara untuk mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat tanah Melayu kesan daripada peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh penjajah Brirish sebelum ini Pembangunan negara dasar yang diamalkan oleh penjajah British sebelum ini. Pembangunan negara dirancang melalui dua rancangan utama iaitu, Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka, Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Pangjang telah dilaksanakan dengan jayanya.
        Rancangan-rancangan ini dibuat sesuai dengan keadaan sosioekonomi dan politik semasa dan dasr-dasar pembangunan negara. Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRPJ1), 1971-1990 misalnya telah menjadi asas kepada pelaksanaan DEB. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRPJ2), 1991-2000 telah menjadi asas kepada pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional yang bertujuan mencapai pembangunan seimbang. Tahun 2001 pula menyaksikan pembentangan Rangka Rancangan Ketiga (2001-2010) yang telah digubal berdasarkan Dasar Wawasan Negara.
         Faktor-faktor yang menjadi asas kepada penggubalan dasar dan strategi pembangunan negara ialah kedudukan ekonomi yang terbuka, sistem ekonomi campuran, masyarakat yang berbilang kaum dan kerajaan persekutuan.

RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) DAN RANCANGAN MALAYSIA (RM)

PERINGKAT 1

Rancangan MalayaPertama (RM) 1956-1950)
Rancangan ini telah dilaksanakan hasil daripada perakuan oleh perwakilan Bank Dunia terhadap kerajaan Tanah Melayu RM-1 dilaksanakan dengan matlamat utamanya untuk memajukan sepenuhnya sektor luar bandar. Untuk perancangan ini, kerajaan memperuntukan RM478.2 juta, iaitu 44.5% daripada keseluruhan peruntukan Rancangan                   Malaya Pertama. Matlamat ini bertujuan menambahkan pendapatan peduduk lur Bandar sekali gus merealisasikan matlamat mengurangkan kadar kemiskinan.
Mempelbagai sumber negara supaya negara tidak terlalu bergantung pada sektor ekonomi tersebut sahaja, terutama biji timah dan getah. Hasil penyelidikan yang dijalankan, dua buah agensi kerajaan telah ditubuhkan, iaitu Rural Industrial Development Authority (RIDA) pada tahun 1953 dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang bertujuan memajukan sektor ekonomi luar bandar. SEcara keseluruhan, RIDA yang bertujuan dalam membangunkan bidang sosial, ekonomi dan insfratruktur luar bandar. Pada tahun 1966, RIDA telah ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang kini bermatlamat menggalakkan penyertaan kaum melayu dalam sektor perdagangan dan perindustrian, membantu para usahawan Melayu yang baharu memulakan perniagaan dengan memberikan pinjaaman mahupun bantuan teknikal, menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil di luar bandar dan mengadakan program-program latihan dan kemahiran atas tujuan meningkatkan produktiviti sumber manusia terutama penduduk luar. 
FELDA pula ditubuhkan untuk membuka tanah-tanah baharu untuk mempergiat sektor perladangan getah dan kelapa sawit sekali gus menambahkan hasil ekonomi negara, penempatan semula penduduk-penduduk luar bandar yang miskin dan berdaya ekonomi lemah dan meningkatkan taraf hidup masyarakat diluar bandar. Pengurusan MARA dan FELDA ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang ditubuhkan pada tahun 1959 yang berperanan menyelaraskan pembangunan luar bandar. Kementerian ini dipimpin oleh Dato’Abdul Razak hussein. Keseluruhannya,peruntukan untuk RM-1 ini ialah sejumlah RM1100 juta. Namun dari segi pencapaiannya, pelaburan sektor awam hanyalah sejumlah RM498 juta, iaitu lebih kurang 15% daripada jumlah pelaburan sektor awam yang dirancangkan. Fenomena ini berlaku akibat jatuhnya harga biji timah dan getah di pasaran dunia.
Rancangan Malaya Kedua (RMK-2) 1961-1965
     Walaupun matlamat Rancangan Malaya Kedua adalah hampir sama dengan Rancangan Malaya Pertama, perancangannya adalah lebih menyeluruh.Rancangan bagi program ini telah disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Kerja Antara Jabatan dengan bantuan sebuah uru setia ekonomi yang juga dibantu oleh pakar perunding dari Bank Dunia. Matlamat RM-2 adalah untuk memperbaik kemudahan asas dan infrastruktur di kawasan luar bandar, menggiatkan lagi projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA, menggiatkan lagi projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA,menggiatkan sektor pertanian dengan mempelbagaikan jenis tanaman supaya hasil negara bertambah dan mengurangkan import makanan dari luar nrgara. Fenomena ini juga membolehkan pengurangan pergantungan kepada sektor-sektor pertanian tertentu sahaja dan penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada tahun 1966 bertujuan membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka dan mengurangkan pergantungan kepada orang tengah.
       Keseluruhannya, Rancangan Malaya Kedua ini lebih tersusun berbanding dengan Rancangan Malaya pertama kerana melibatkan penyertaan rakyat dalam rancangan-rancangan pembangunan dan rancangannya digubal berdasarkan permintaan rakyat. Peruntukan pembangunan juga telah ditambah sebanyak RM2150 juta,iaitu hampir dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan Malaya Pertama. Bagi memastikan kejayaan perancangan ini, bilik-bilik gerakan dibuka di seluruh negara, terutama di setiap pejabat daerah. Hasilnya dari segi pencapaian, Rancangan Malaysia Kedua menunjukkan purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 1961-1965 sebanyak 6.4% setahun. Seperti yang dirancang, sektor awam telah membelanjakan RM2650 juta sementara sektor swasta membelanjakan RM2900 juta untuk program-program pembangunan.
Rancangan Malaysia Pertama ( RMK-1 ) 1966-1970
   RMK-1 merupakan rancangan lima tahun yang pertama setelah kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Perseketuan Malaysia. RMK-1 memberi tumpuan kepada aspek integrasi dalam kalangan penduduk Malaysia supaya sebarang penggubalan dasar perancangan baharu, terutama berhubung program sumber manusia dan penelitian yang lebih mendalam terhadap program-program di setiap sektor ekonomi.
   Peruntukan RMK-1 berjumlah RM10500 juta iaitu melibatkan RM4550 juta daripada sektor awam dan RM5950 juta daripada sektor swasta. Beberapa buah agensi turut dilahirkan di bawah RMK-1 bagi menjayakan rancangan seperti Majliss Amanah Rakyat, Bank Bumiputera pada tahun 1966, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia / Malaysia Industrial Development Authority (MIDA) pada tahun 1967,Lembaga Penasihat Tarif dan Pebadanan Nasional Berhad (PERNAS) pada tahun 1969.
Tujuan penubuhan MIDA dan Lembaga Penasihat Tarif adalah untuk membantu pembangunan perindustrian negara seperti yang tercatat dalam Akta Galakan Pelaburan 1968. Penubuhan MARA, Bank Bumiputera, dan PERNAS pula bertujuan menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan.
Setelah lima tahun, kajian menenjukkan program-program yang dirancang melalui RMK-1 berjaya meningkatkan pertubuhan ekonomi negara. Namun setelah berlaku tragedi 13 Mei 1969, kerajaan menyedari bahawa waktu itu pembangunan negara yang sedia ada sukar untuk dikekalkan kerana masih ketara ketidakseimbangan sosioekonomi antara kelompok kaun dan kawasan . Justeru , bagi menyambung usaha-usaha RMK-1 ,DEB dilancarkan bersama Rancangan Malaysia Kedua sekali gus bertujuan membaik pulih kepincangan strategi dan pendekatan yang digunakan sbelum ini.

Peringkat 2

Rancangan Malaya Kedua (RMK-2) 1971-1975

Setelah negara pengajaran akibat daripada rusuhan kaum 13 Mei 1969, RMK-2 dilancarkan dengan tujuan yang jelas, iaitu untuk mengatasi dan membaik pulih keadaan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kawasan dan kelompok kaum negara ini. Bagi memastikan rancangan ini berjaya , sejumlah RM7250 juta telah diperuntukan . RMK-2 berteraskan program pembangunan jangka panjang , iaitu dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB) . Matlamat utama DEB ini juga dikenali sebagai serampang dua mata iaitu mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa kaum, menyusun semula masyarakat Malaysia dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Oleh itu , adalah jenis kedua-dua matlamat ini bermotifkan membaiki kepincangan supaya keadaan ekonomi dapat diperbaiki dan diseimbangkan serta dapat mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Beberapa program telah dirancang dan langkah-langkah tertentu diambil untuk menjayakan RMK-2 seperti menentukan pemilikan modal dalam sektor korporat moden oleh kaum Bumiputera , iaitu 9% bgagi tahun 1972 ,16% bagi tahun 1980, 23% bagi tahun 1985 dan 30% bagi tahun 1990, menggalakkan penyertaan yang lebih giat dan secara langsung oleh sektor awam dalam aktiviti-aktiviti ekonomi,terutama yang berkaitan dengan perdagangan dan perusahaan dan menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) pada tahun 1974 RMK-2 menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan . Misalnya ,KDNKK meningkatkan pada kadar 7.4% setahun. Angka ini mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan . Misalnya KDNKK meningkat pada kadar 7.4% setahun. Angka ini mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi daripada yang dirancangkan , iaitu hanya 6.8% setahun . Pertumbuhan KDNKK berlaku kerana pertumbuhan beberapa faktor utama seperti pertanian (25%), pembuatan (19.3%),perdagangan (14.4%) dan lain-lain (10.15

Dasar Ekonomi Baru

   Dasar ini telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) . Pembentukan DEB adalah matlamat membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum. Rancangan untuk mencapai matlamat DEB terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) dari tahun 1971-1990 . Rancangan pembangunan di bawah DEB , dijalankan menerusi strategi serampang duamata iaitu mengurangkan kemiskinan dengan cara menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi.
   Asas yang menjadi dasar penggubalan DEB adalah disebabkan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum, terutama sekali orang Melayu yang masih ketinggalan dalam bidang ekonomi kerana faktor kemiskinan. Amnya, masalah kemiskinan bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang Melayu, tetapi juga merangkumi semua kaum di Malaysia . Dalam hal ini , orang Melayu lebih ramai menghadapi masalah kemiskinan dan masih kurang mampu untuk bersaing dengan kaum lain.
   Bagi memastikan matlamat untuk membasmi kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan kepada menghapuskan kemiskinan di luar bandar dan kawasan bandar. Menurut banci penduduk pada tahun 1970, terdapat kira-kira 49.3% penduduk berpendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu RM200.00 dan kira-kira 86% daripada jumlah tersebut ialah penduduk luar bandar. Dalam hal ini, pihak kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai kemudahan perkhidmatan awam seperti kemudahan pendidikan , kesihatan, bekalan air, dan elektrik . Selain itu ,pihak kerajaan juga telah menyediakan bantuan biasiswa pelajaran , bantuan subsidi baja dan buku teks percuma, makanan tambahan kepada anak-anak. Usaha pihak kerajaan untuk meningkatan taraf  hidup penduduk ini telah dapat dalam masa lebih kurang 20 tahun di mana tahap kemiskinan penduduk telah dapat dikurangkan , iaitu daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada17.1% pada tahun 1990 .
     Untuk mencapai matlamat kedua DEB , iaitu menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan , pertanian ,perlombongan , pengangkutan dan pertanian. Strategi yang dijalankan adalah meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar, mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur gunatanah supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum, menambah bahagian kaum bumiputera dalam sektor peroduktif di mana kaum bumiputera agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum lain dan memastikan pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang Melayu serta kaum bumiputera agar mereka dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis kegiatan ekonomi menjelang 1990.
       Secara keseluruhannya, DEB telah berjaya meningkatkan taraf kehidupan kaum bumiputera dan mencapai matlamat membasmi kemiskinan, tetapi penyusunan semula guna tenaga perlu diperhebatkan lagi memandagkan orang Melayu masih kurang melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan perniagaan.

Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) 1976-1980
      Semasa pelancaran RMK-3,DEB masih dalam pelaksanaan. Justeru, RMK-3 boleh dikatakan sebagai peringkat kedua dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Dalam rancanagn ini , beberapa program turut dirangka dan dilancarkan. Perancangan pembangunan wilayah telah diperkenalkan dimana rancangan ini dipercayai dapat merapatkan jurang perbezaan ekonomi menerusi rancangan pembangunan Bandar baharu. Rancangan ini digiatkan melalui badan-badan tertentu seperti KEJORA,DARA,KETENGAH dan KESEDAR.
     Sebanyak 28 buah Bandar dibina dibawah rancangan KEJORA,KETENGAH, dan DARA menjelang hujung tahun 1980 . Badan-badan berkanun seperti MARA,FELDA,PERNAS,UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan . Disamping itu , kerajaan juga turut memberi penekanan kepada isi-isu alam sekitar dan keselamatan negara.
     Secara keseluruhan, program-program RMK-3 juga program-program RMK-3 juga membantu dalam perkembangan ekonomi negara walaupun rendah daripada matlamat. Misalnya bagi 10 tahun pertama pelaksanaan DEB (1971-1980), ekonomi negara berkembang pada kadar 7.8%. Kurang 0.2% daripada matlamat.

Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) 1981-1985
RMK-4 sebenarnya dilancarkan ketika negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi, terutama akibat daripada kejatuhan harga bijih timah dan getah di pasaran dunia. Fenomena ini menyebabkan negara mengalami berbagai-bagai masalah ekonomi seperti kemerosotan dalam imbangan bayaran, kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport komoditi, kelembapan sektor swasta dan peningkatan kadar pengangguran . Namun, langkah-langkah pembangunan ekonomi tetap diteruskan. Peruntukan yang disediakan untuk RMK-4 ialah RM40000 juta. Daripada jumlah ini, 57.9% diperuntukan bagi keselamatan dan 2% bagi pentadbiran awam. Daripada pembahagian ini, penekanan masih diberikan kepada sektor pertanian dan luar bandar dengan peruntukan sejumlah 21.3% , sektor perdagangan dan perindustrian pula sejumlah 8.3% , pelajaran dan latihan sejumlah 7.6% serta perkhidmatan sosial sejumlah 7.1%.
RMK-4 juga mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasakan pelaburan modal, penggunaan teknologi dan tenaga mahir. Sehubungan dengan itu, Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi menjayakan program pembangunan perindustrian berat ini. Antara projek yang diletakkan di bawah pengawasan HICOM adalah Kilang Simen yang diuruskan oleh Kedah Simen Sendirian Berhad, Kilang Pengeluaran besi berongga dan Keluli oleh Perwaja di Kemaman, Terengganu dan Pembuatan kereta nasional , iaitu kereta Proton Saga oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sndirian Berhad.
Selain itu, usaha juga dilakukan bagi menarik lebih ramai pelabur asing dengan membuka kawasan perindustrian baharu seperti di Senawang ,Skudai,Bintulu,Menggatal dan Likas. Kawasan perdagangan bebas juga dibuka atas motif yang sama seperti di Bayan Lepas,Pulau Pinang. Pada tahun 1983 dua buah program dilancarkan bagi mengkaji struktur perusahaan awam iaiti Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian (PIP)
Selain itu, kerajaan juga berusaha mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian Antara Bumiputera dangan bukan Bumiputera dengan cara menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada tahun 1981.
Kerajaan telah memberikan peruntukan berjumlah RM40000 juta untuk pelaksanaan RMK-4, iaitu dengan kadar 57.9% untuk pembangunan ekonomi,16.2% untuk pembangunan sosial ,23.8% untuk keselamatan dan 2% untuk pentadbiran awam. Dari segi pencapaian keseluruhan,KDNK telah berkembang pada kadar purata 5.8% setahun. Pendapatan per kapita turut meningkatkan sebanyak 4.4% setahun daripada RM3,171 juta pada tahun 1980 kepada RM4,609 juta pada tahun 1985.

Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5)1986-1990

  Matlamat Utama RMK-5 adalah untuk mencapai perpaduan negara. Fenomena ini masih perlu mengambil kira keadaan negara waktu itu yang masih dalam era kemelesetan. Beberapa strategi telah dilaksanakan dalam RMK-5.Pertama, kerajaan cuba meningkatkan peranan sektor swasta memalui proses pelonggaran peraturan dan kawalan. Syarat-syarat pelaburan modal asing turut dilonggarkan bagi meningkatkan pelaburan industri, terutama industri yang berorientasikan eksport. Strategi seterusnya ialah menggalakkan sektor pertanian dan industri luar bandar.
Beberapa syarat dilonggarkan seperti syarat-syarat penggunaan tanah, penanaman padi secara ladang , penggunaan tanah lombong untuk pertanian , penanaman tanaman lain yang sesuai di sawah-sawah terbiar dan lain-lain.RMK-5 turut merangka sebuah strategi baru, iaitu penekanan terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan R&D. Strategi ini diharap dapat meningkatkan kadar produktiviti, keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan. Usaha pembangunan sumber manusia turut dititik beratkan seperti latihan kemahiran dalam bidang pengurusan , keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan.
Secara keseluruhan, jumlah peruntukan bagi RMK-5 ialah RM69000 juta.daripada jumlah ini 89.2% diperuntukan perbelanjaan sosioekonomi,6.5% untuk keselamatan dan pertahanan, manakala 4% untuk pentadbiran awam. Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (1971-1990) yang mencakupi Dasar Ekonomi Baru berakhir pada tahun 1990. Pada tahun 1991, rancangan pembangunan ekonomi baharu diperkenalkan bagi menggantikan dan menyambung program-program pembangunan dalam RRJP1 dan DEB. Rancangan-rancangan tersebut ialah Rangka Rancangan Jangka Panjang 2(RRPJ2) (1991-2020), Wawasan 2020 (1991-2020) , Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000) Dan Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) (1992-1995).

RANCANGAN MALAYSIA KEENAM(RMK-6)1991-1995

Matlamat utama RMK-6 ialah mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara.Strategi RMK-6 ialah meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi di samping menggalakkan sektor swasta untuk terus memainkan peranan dalam perkembangan ekonomi negara.
Memperteguh kedudukan hasil kerajaan persekutuan.iaitu mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan pelaksanaan program penswastaan untuk memberbaik kedudukan kewangan sektor awam.
Mengekalkan dasar liberalisasi,pelonggaran peratusan dan undang2 untuk memberbaik iklim pelaburan.Langkah2 juga akan diambil untuk mempermudahkan prosedur dan peraturan pentadbiran pada peringkat persekutuan,negeri,dan kerajaan tampatan untuk menyegerakan pelaksanaan projek2 sektor swasta.
Mengubah struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih dan keluaran yang lebih bermutu untuk memenuhi keperluan pasaran di negara maju.

RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH(RMK-7)1996-2000

Kemajuan ekonomi
 
Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) sebenar mencatat pertumbuhan purata 4.7% setahun,melepasi sasaran yang dikaji semula sebanyak 3.0%.Langkah pemulihan ekonomi yang diperkenalkan telah meningkatkan pengunaan di samping membendung tekanan inflasi.Kadar pengangguran terus kekal pada paras yang rendah,manakala Indeks Harga Pengguna turun.Pelbagai agensi ditubuhkan bagi menguruskan pinjaman belum berbayar(NPL),permodalan semula bank dan penyusunan semula hutang korporat.
Pada akhir thun 2000,pinjaman belum berbayar telah dikurangkan pada 6.3% dari jumlah pinjaman berbanding dengan paras tertinggi 11.4% pada bulan ogos 1998.Nisbah modal berwajaran risiko sistem perbankan pula meningkat pada 12.4% berbanding dengan paras terendah 10.1%.
Eksport negara telah ditingkatkan sementara import dikurangkan.Akaun semasa yang mengalami defisit semenjak tahun 1990 telah mencapai lebihan mulai tahun1998 dan mencatat lebihan tertinggi sebanyak RM47.9 bilion pada tahun 1999 atau 17.1% dari keluaran Negara Kasar.Semenjak ogos 1998,rizab luar negara telah bertambah sebanyak US9.7 bilion dan berjumlah US29.9 pada akhir tahun 2000,cukup untuk bayar 45 bulan import tertangguh dan 64 kali lebih besar dari hutang luar jangka pendek.
Semua pencapaian ini adalah hasil dari keputusan kerajaan untuk tidak meminjam dari IMF.Sebaliknya kit  menghalang penyangak mata wang dari memperdagangkan ringgit dan mengawal modal spekulasi dari menyerang Bursa Saham Kuala Lumpur.

Kemajuan sosioekonomi

Pembasmian Kemiskinan
Program khusus bagi kawasan bandar seperti penempatan semula setinggan dan projek perumahan kos rendah telah memperbaik keadaan hidup golongan miskin di bandar.Bagi golongan termiskin pertumbuhan ekonomi yang pesat sebelum pertengahan tahun 1997 dan perlaksanaan secara giat Program Pembangunan Rakyat termiskin.

Penyusunan semula masyarakat
 
Melalui DEB terdapat kemajuan dalam penyusunan semula masyarakat,terutama penyusunan semula guna tenaga dan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.Dari segi pemilikan ekuiti korporat,peratusan hak milik korporat bumiputera telah berkurangan dari paras yang dicapai pada tahun 1995.
Peringkat 3

RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG 2(RRJP2)
Matlamat utama RRJP2 ialah penurunan kadar kemiskinan.Selain itu,penurunan kadar pengangguran dan pertumbuhan ekonomi negara.Pada tahun 1991,kerajaan telah melancarkan wawasan 2020,(RRJP2),(RMK-6) dan (DPN)

BAB 3:

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT DI MALAYSIA

-PENGENALAN-


 

* Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. 
* Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis dasar. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. 

* Smith berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. 
* P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik. 
* Tokoh-tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara dalam masyarakat majmuk. 
* Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan fungsional yang mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama. 
* Berdasarkan fakta sejarah dan perkembangan sosiopolitik, orang melayu dan orang Asli merupakan penduduk asal bagi Negara ini yang juga dikenali sebagai masyarakat peribumi atau bumiputera petempatan orang melayu di Negara ini telah diakui sejak berpuluh-puluh ribu tahun dahulu. 
* Akibat perkembangan ketamadunan manusia, dunia melayu mula dikunjungi dan menerima penghijrahan masyarakat asing. Hasilnya, terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di Negara ini dari semasa ke semasa.

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa,kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat majmuk
 
 
 
-LATAR BELAKANG SEJARAH KEMUNCULAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA-
Tanah Melayu yang merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran dan pusat perdagangan tentunya pernah menjadi satu tempat persingahan dan penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul.
 Justeru konsep percampuran populasi bukanlah merupakan satu fenomena baru dan asing di Malaysia. Aspek demografi merupakan perkara yang penting dalam mencorakkan kemajuan masyarakat Malaysia.
 
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar.
Antara tahun itu :
1. Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua.
 
2. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.
 
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim.
 
3. Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu.
 
4. Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20.
 
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.


-KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA-
Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yanga sama. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Tiga etnik ini bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja perlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama. Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan Borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama. Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu. Pada pertengahan abad ke 19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku kerana dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut , terutama untuk mengerjakan ekonomi.Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.Abad ke-19 memperlihatkan penguasaan Inggeris ke atas struktur politik dan ekonomi Tanah Melayu secara meluas. Aktiviti perlombongan bijih timah yang merupakan sumber kekayaan Tanah Melayu diekploitasikan sepenuhnya oleh British.
 
Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil dari 54% merosot menjadi 49% pada tahun 1921 dan menurun lagi kepada 45% pd tahun 1931.Dasar ini memberi makna kelemahan penglibatan bumiputera, tetapi pada masa yang sama memberi pengkhususan kepada kaum imigran dan memastikan pengasingan setiap kaum.
 
-KAUM YANG TERDAPAT DI MALAYSIA-
KAUM MELAYU
Orang Melayu  boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun penduduk Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa lagi kelompok masayarakat Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu. Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang semuanya boleh menjamin keselesaan mereka. Masyarakat Indonesia datang daripada berbagai-bagai pulau seperti Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau. Sehingga tahun 1957, keturunan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang, iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Perdagangan utama ialah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan-kerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai.Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah campur tangan British dalam hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-buruh asing juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu. Bandar-bandar baru ini menjadi tumpuan buruh asing, manakala kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau perkampungan masing-masing. Ekoran perdagangan yang berat sebelah, prestasi ekonomi orang Melayu di zaman kolonial tidak mencapai sebarang kemajuan, malahan semakin merosot. British memegang dasar agar orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan mengusahakan hasil setakat mampu menyara hidup. Masyarakat Melayu tidak digalakkan utk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan British ialah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu dengan pemodenan. Ini sbenarnya memberi lebih ruang kepada buruh asing menguasai sektor ekonomi keseluruhannya. Di malaysia  , jika merujuk kepada orang melayu menunjukkan orang itu beragama islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu , berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.
 
 
KAUM CINA
Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar. Kebanyakkan keturunan kaum Cina hari ini berasal dripada pendatang ke Negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adala Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tiggal di kawasan selatan tanah air iaitu di Johor. Penghijrahan masyarakat Cina berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1876, pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin. Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan aktiviti perlombongan. Kawasan-kawasan lombong bijih timah Kuala Lumpur, iaitu di Ampang, Sungai Kanching dan Klang kesemuanya diusahakan oleh buruh-buruh Cina. Selain aktiviti perlombongan, kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Org Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran dipanggil Surat Sungai. Dari sistem ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor mencapai 100,000 orang. Pihak British menggalakkan kemasukan buruh Cina ini dengan meluluskan beberapa undang-undang yang berkaitan. Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada berbagai-bagai kelompok yang boleh dibezakan dari segi loghat, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama ini ialah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam.Kebanyakkan orangg Hokkien terdiri daripada peniaga dan pekedai sementara orang Kantonis sebagai pelombong dan petukang.Antara semua kelompok ini, bilangan orang Hokkien adalah yang terbesar.Walaupun kemasukan orang Cina berlaku besar-besaran, namun bilangan ini tidak menentu ekoran ramai yang sering keluar masuk. Bilangan orang Cina lebih stabil selepas Perang Dunia Kedua.
 
 
KAUM INDIA
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di Negara ini ialah kaum India. Kebanyakkan mereka berasal daripada pendatang Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Tanah Melayu sewaktu zaman penjajahan British dulu untuk mengerjakan estet-estet. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik , luar dari system kasta yang diamalkan di india. Kebanyakkan mereka beragama Hindu. Mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil , makanan pedas dan pakaian sari yang mewah. Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke 19 dan ke 20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi. Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka. Kebanyakan buruh India datang dari selatan India. Buruh-buruh India bermula sebagai pekerja di lading-ladang tebu dan kopi di Seberang Prai. Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ialah orang Tamil yang berasal dari Chennai, sementara selebihnya ialah Telugu dan Malayalam. Kumpuluan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi  7%.O rang Punjabi turut datang ke Tanah Melayu dan pada peringkat awalnya mereka bertugas dalam perkhidmatan polis dan kereta api serta menjadi pengawal keselamatan. Buruh-buruh India yang bekerja di Tanah Melayu datang sama ada secara paksaan atau rela. Kumpulan yang dipaksa terdiri daripada banduan atau tawanan yang bekerja membina jalanraya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan-bangunan kerajaan.Mereka yang datang secara sukarela biasanya bekerja di lading-ladang tebu, kopi dan getah.  Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India ini ialah Sistem Kangani.Namun sistem ini dihapuskan pada tahun 1938.
 
-ASAS KEBUDAYAAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
{AGAMA DAN KEPERCAYAAN)


KAUM MELAYU
 Penduduk majoriti terawal di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Penduduk Melayu ketika itu hidup dengan agama dan kebudayaan mereka tersendiri malahan amalan mereka ini tidak terjejas walaupun dengan kemasukan buruh-buruh Cina dan India.Penduduk Melayu di Tanah Melayu amnya menganut agama Islam. Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke 15. Kesultanan Melayu Melaka memang terkenal sebagai pusat pemerintahan yang berperanan penting dalam memastikan penyebaran dan pengekalan agama Islam.Islam ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah. Agama Islam ialah berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Dalam agama Islam, al-Qur’an dijadikan sebagai asas perundangan yang utama bersama-sama dengan nasihat daripada Nabi Muhammad (saw) sendiri serti hadis-hadis. 

Islam ialah agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dan secara keseluruhannya, ajaran Islam bermatlamat untuk:

 
1. Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada kekuasan ALLAH semata-mata.

2. Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam situasi kehidupan.

3. Melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini dan sekaligus melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup.

Islam mentafsirkan bentuk-bentuk hubungan yg berlaku dlm hidup manusia ini, iaitu:   
1. Dalam hubungan manusia dengan ALLAH (swt), ALLAH (swt) telah menciptakan segala-galanya untuk kebahagiaan manusia.  

2. Dalam hubungan manusia dengan manusia, Islam menuntut hubungan yang berdasarkan persaudaraan dan satu keturunan tanpa mengira perbezaan warna kulit, bahasa, tempat dan agama. 

3. Dalam hubungan manusia dengan alam pula bermaksud manusia perlu menghormati kejadian alam kerana manusia merupakan makhluk yang diamanahkan oleh ALLAH. Manusia adalah pentadbir alam (khalifah), dan perlu memeliharanya daripada sebarang kerosakan dan kemusnahan.
  
KAUM CINA 
Masyarakat Cina yang datang ke Tanah Melayu mengubah struktur kemasyarakatan negara ini sekaligus menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk. Golongan ini turut membawa bersama agama dan kepercayaan yang mereka anuti ke negara ini dan kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing tanpa halangan dan sekatan. Antara agama atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah fahaman Taoisme. Taoisme merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina. Taoisme berasal daripada perkataan Tao yang bermaksud ‘Jalan’ (The Way). Taoisme mengajar pengikutnya untuk mencapai  ketenangan jiwa, kedamaian fikiran dan keharmonian emosi. 

Berberapa konsep yang wujud diantaranya :
     Konsep kekeluargaan dalam Confucianisme
  -ajaran ini mementingkan organisasi kekeluargaan. Dalam sesebuah keluarga,
   kasih sayang sesama kaum kerabat, ketaatan kepada ibu bapa dan abang sangat
   dititikberatkan.
    
       Ketaatan anak
-  Aspek ini merujuk kepada penghormatan yg patut diberikan oleh anak kepada ibu     bapa
 
       Konsep Yin dan Yang
-Konsep ini menyebut bahawa semua benda yang ada di dunia ini  merupakan gabungan unsur pasif, dikenali sebagai Yin dan unsur aktif, dikenali sebagai Yang. Gabungan Yin dan Yang akan membawa keamanan dan keharmonian. Menurut teori, Yang merupakan kuasa positif dalam alam seperti panas matahari, bumi dan kering, iaitu tanda-tanda yang melambangkan kepintaran, kekuatan dan kepimpinan. Yin pula melambangkan kuasa-kuasa negatif alam seperti sejuk, bulan dan lautan yang melambangkan sifat-sifat lemah, gelap dan pasif.
 
 
 
KAUM INDIA
 

Masyarakat India yang tiba ke Tanah Melayu turut membawa bersama agama dan budaya yang diamalkan dari India. 

Agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat India ialah agama Hindu. Agama Hindu, sebuah Agama yang tertua di dunia. Hindu sebenarnya bukan sebuah agama malah sebuah tradisi yang di kembangkan hampir 10,000 tahun oleh masyarakat India. Perkataan Hindu berasal daripada perkataan Sindhu, Ia itu nama tempat tamadun Kaum India bermula, penduduknya digelar sindhu dan lama kelaman ia berubah menjadi Hindu. Nama dan gelaran yang betul bagi pengikut ajaran ini ialah “Vedandi” yang bermaksud – Manusia yang diberi Veda atau Pengikut      Veda

Ciri-ciri yang terkandung dalam di dalam agama Hindu :
    
      Kepercayaan kepada banyak Tuhan - agama Hindu berbentuk politestik, iaitu mempunyai banyak tuhan.
-antara tuhan tersebut ialah Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pelindung)
 dan Siva (Tuhan Pembinasa)
      Konsep karma dan kelahiran semula -Masyarakat hindu  percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam kehidupan yang terdahulu.
-Unsur yang menentukan kasta mana yang bakal diduduki selepas kelahiran semula ialah karma.
      Kitab-kitab Veda
-Kitab veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu. Kitab-kitab ini mengandungi riwayat hidup, amalan-amalan politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman dan sebagainya.
Antara upacara dan penyembahan yang dijalankan oleh kaum India ialah
      Bakti – Percaya, Taat dan Cinta kepada Tuhan.
      Kriya  – Berpuasa – Membuat Yoga, Meditasi dan Bertapak
      Nyana – Belajar Kitab-kitab Suci dan Mendengar Nasihat Para Wali dan Yogi.
      Karma – Membantu orang yang miskin dan kurang upaya. Mengajar sesama manusia tentang  Tuhan dan cara hidup yang betul
     Larangan dalam agama ini  ialah:
      *Dilarang makan daging atau bahan dari badan binatang.
      *Dilarang membunuh termasuk binatang.
      *Dilarang minum arak dan bahan yang memabukkan.
      *Dilarang merogol / Cabul Kehormatan wanita.
      *Dilarang mencuri dan merompak.
      *Dilarang membuat sesuatu perkara yang boleh merosakkan kehidupan manusia atau makhluk  lain.
      *Dilarang memotong pokok.
 
 
 
MASYARAKAT SARAWAK
 

Kaum majoriti di Sarawak meliputi orang Iban (Dayak Laut), Orang Melayu dan Orang Melanau. 

Amnya orang Iban tidak mempunyai agama yang tertentu. Mereka masih lagi berpegang kepada ajaran animisme sejak dahulu dan setelah kedatangan kuasa-kuasa barat, sebahagian besar masyarakat Iban beragama Kristian. 

Animisme adalah kepercayaan manusia tentang adanya roh-roh gaib yang mengatur, menaungi, mengayomi serta mengendalikan kehidupan manusia yang meliputi roh-roh baik dan roh-roh jahat yang harus dihormati.  Ini merupakan definisi animisme secara umum. Kata "animisme" berasal dari bahasa latin anima yang artinya roh atau nyawa yang mencakup nafas atau jiwa manusia. Kepercayaan ini berawal pada saat kehidupan manusia masih primitif dan muncul secara alami pada diri manusia dimana manusia mengetahui adanya kematian. Nafas dianggap sebagai wujud fisik dari jiwa, jika nafas terputus maka jiwa akan berpindah tempat dan alam. Jiwa manusia dipercaya bisa berpindah ke makhluk hidup, benda mati, maupun pohon.

Roh-roh orang yang telah meninggal dipercaya menjadi penguasa alam dan berhubungan dengan kehidupan manusia yang masih hidup. Beberapa peneliti menyimpulkan bahwa hal ini merupakan cara orang-orang primitif untuk mengungkap misteri tidur, mimpi dan kematian.
Animisme berhubungan erat dengan dinamisme, yaitu kepercayaan manusia tentang adanya benda-benda yang memiliki kekuatan gaib. 


Bagi masyarakat Melayu di Sarawak, mereka berpegang kepada ajaran Islam. 

Bagi masyarakat Melanau mereka asalnya merupakan pagan (tidak mempunyai pegangan agama), bagaimanapun selepas pemerintahan kesultanan Brunei dan pemerintahan keluarga Brooke, ramai antara mereka yang memeluk agama Islam dan Kristian. 
 
 
 
 
MASYARAKAT SABAH
Masyarakat Kadazan-Dusun, ialah masyarakat terbesar di Sabah yang memegang kepercayaan animisme. Sebahagian kecil daripada mereka telah memeluk agama Islam dan Kristian.
 
Brikut merupakan kepercayaan animisme yang diamalkan di Sabah:
      * Orang lanun percaya penyakit ada kena mengena dengan syaitan.
      * Percaya ilmu batin dan perkara ghaib seperti ilmu palimun (ghaib), kublak (kebal), dualatut (dipukul tidak rasa sakit), mabagar (kuat), pagawang (menakutkan musuh dengan suara)
      *  Orang Bumiputera Sabah juga percaya adanya jimbaran (orang belaan) dan kemasukan apok-apok (lintasan).Terdapat banyak lagi kepercayaan animism yang diamalkan dan dipercayai oleh kaum di Sabah selain daripada yang dinyatakan. Ini terjadi kerana kebanyakan nasyarakat di Sabah merupakan orang asli..Di kawasan pendalaman, ramai yang masih tidak mempunyai pegangan agama. Bagi masyarakat Bajau, hampir semua daripada kalangan mereka beragama Islam. Namun begitu terdapat juga penganut-penganut agama lain di Sabah antaranya ada mereka yang beragama islam dan ada juga yang beragama kristian. Selain itu, masyarakat di Sabah juga mengamalkan agama dan kepercayaan sejak turun temurn dari nenek moyang mereka.
 
 
 
(KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM)
 
KAUM MELAYU
- Bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu terdiri daripada kelompok bahasa Antronesia. 

- Bahasa yang digunakan oleh orang Melayu ialah bahasa Melayu. 

- Sebelum kedatangan barat, tulisan yang digunakan oleh orang Melayu ialah tulisan  jawi, iaitu pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

- Dua jenis adat yang menjadi amalan penduduk Melayu di Tanah Melayu ialah Adat Perpatih dan Adat Temengung. 

         1. Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan konsep demokrasi dan muafakat. Raja bukan berkuasa mutlak. Dalam adat ini juga, pewarisan harta pusaka diutamakan kepada anak perempuan.

         2. Adat Temenggung menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh Semenanjung, kecuali Negeri Sembilan. Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada kaum lelaki. Adat ini juga turut mendapat pengaruh yang banyak dari agama Islam. 

- Antara adat lain yang wajib dijalani oleh orang melayu yang bergelar islam ialah :

         1. berkhatan atau bersunat. Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika berumurdalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh tok mudim.

        2. Perayaan – perayaan yang berbentuk keagamaan bagi orang Melayu ialah Aidilfitri, Aidiladha, Nuzul Qur’an, Maulidur Rasul dan Awal Muharram. 

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab berdasarkan Takwim Tahun Islam. Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau pun surau.
 
Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Hajimerupakan perayaan agama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Orang-orang Islam menyambut Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun. Malah, bulan ini merupakan bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. Perkataan 'Aidiladha' berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud 'hari penyembelihan korban'. Ini sempena memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah S.W.T agar menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail A.S.
 
 
KAUM CINA
- Dari segi pakaian, masyarakat Cina kini kebanyakan telah menggunakan pakaian yang moden bercirikan Barat. Namun, pakaian tradisi golongan wanita Cina masih digunakan sehingga kini. Salah satunya ialah ‘samfoo’ yang terdiri daripada kombinasi blaus dan seluar, pakaian ini lebih kerap digunakan oleh golongan tua. Selain itu. ‘cheongsam’. 

- Makanan asas masyarakat Cina ialah nasi dan jenis masakan utama ialah masakan Kantonis, Hokkien dan Szechuen. 

- Manakala perayaan kaum Cina ialah Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Perayaan Ching Ming, Perayaan Hantu Lapar, Perayaan Kuih Bulan.Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum cina. 

Tahun Baru Cina dianggap penting kerana membolehkan semua ahli keluarga yang belajar atau bekerja di luar negara dapat pulang ke rumah untuk berkumpul bersama. 



Pada Tahun Baru Cina, ibu bapa atau orang yang lebih tua akan memberi ang pau kepada anak-anak sebagai tanda baik agar mereka boleh hidup dengan lebih sihat dan bahagia. Sebelum sehari Tahun Baru Cina, semua keluarga cina akan berkumpul bersama dan makan bersama-sama (reunion) untuk melambangkan bersatu semula atau perpaduan.
 
- Tahun Baru Cina akan disambut selama 15 hari sehingga Chap Goh Mei. Hari Chap Goh Mei merupakan Tahun Baru Cina yang terakhir. 

- Oleh itu, semua orang cina menyambutnya dengan gembira dan ceria dimana makan dan berkumpul bersama dengan ahli keluarga. 

- Bagi kaum wanita yang belum kahwin, mereka digalakkan menulis nama dan nombor telefon di atas limau mandarin dan dibuang ke dalam sungai. Kaum lelaki yang masih bujang pula boleh mengutip limau yang dibuang agar boleh mencari jodoh mereka menerusi limau mandarin.

- Mereka akan membawa makanan untuk bersembahyang nenek moyang disamping berbual-bual. Selain itu, mereka juga akan membakar kertas-kertas wang dan bahan keperluan asas kepada nenek m0yang kerana mereka yakin nenek moyang jug akan menggunakan wang pada dunia yang ketiga.

- Pesta Kuih Bulan juga merupakan perayaan yang penting bagi kaum cina. Pesta ini disambut pada 15 haribulan pada bulan ke-8 dalam kalender cina. Pada hari itu, orang cina akan makan kuih bulan dan kanak-kanak pula akan bermain tanglung. Manakala golongan orang tua akan bersembahyang bulan yang cantik dan bulat pada malam tersebut.
 
 
 
KAUM INDIA
Asasnya masyarakat Hindu di India terbahagi kepada hierarki sosial yang tertentu. Hierarki tersebut dipanggil sistem kasta.

Dalam sistem kasta, masyarakat Hindu di India dibahagikan kepada empat hierarki sosial, iaitu: 

1. Brahmin – terdiri dari golongan bangsawan dan alim ulama. Golongan ini dikatakan menyamai taraf kepala pencipta   
2. Ksyatria – terdiri dari golongan pahlawan dan dianggap menyamai taraf tangan pencipta.  
3. Vaisya -  terdiri dari rakyat biasa yg kebanyakannya bekerja sebagai pedagang atau petukang dan tarafnya sama dengan paha pencipta 
4. Sudra -  terdiri daripada golongan hamba abdi yg kedudukannya disamakan dengan kaki pencipta. 



Makanan masyarakat India di negara ini ialah nasi dan roti-roti seperti ‘chappati’, ‘paratta’ , ‘thosai’ dan ‘puri’. Thosai merupakan makanan kegemaran orang India. Makanan ini menjadi menu utama dalam hidang Hari Deepavali. 

Thusai sedap dimakan dengan kuah yang digelar 'sandhini'.

Pakaian tradisi kaum wanita ialah sari iaitu sejenis pakaian daripada kain sepanjang enam ela yang dililitkan di keliling badan dan dipakai bersama dengan sehelai blaus. 

Pakaian tradisi kaum lelaki pula digelar dhotis, iaitu sejenis kain berwarna putih. Kaum lelaki juga mengenakan vesti atau kurta iaitu pakaian putih untuk ke kuil atau perayaan tertentu. 

Masyarakat India juga mempunyai berbagai perayaan iaitu Deepavali, Thaipusam dan Thai Ponggal. 

1. Hari Deepavali : merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. 

2. Hari Thaipusam : merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'. Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.

3. Thaiponggol : merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Thaiponggol disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya, orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol pada minggu kedua bulan Januari.
 
 
MASYARAKAT SARAWAK
Masyarkat Iban tinggal di rumah panjang. Rumah ini didiami oleh beberapa buah keluarga.
Rumah Panjang orang Iban ialah cantuman beberapa buah bilik yang dimiliki oleh keluarga yang berasingan dan membentuk satu deretan rumah yang panjang. 

Setiap rumah panjang mesti mempunyai tokoh-tokoh pemimpin seperti ‘Tuai Rumah’ dan ‘Tuai Burong’. Tugas ‘Tuai Rumah’ biasanya melibatkan hubungan antara keluarga, masalah hubungan dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan alam nyata.

Rumah panjang suku kelabit pula tidak ada bilik untuk keluarga, cuma terdapat bilik yang memisahkan ruang sebelah luar dengan ruang sebelah malam.

Pakaian istiadat suku kaum Iban adalah KainSirat, Dandong, PuaKumbu bagi kaum lelaki berserta memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manikmanik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan mare kempang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi. Contohnya, Bidang,Kalambi,Bedong bagi kaum wanita
Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian.  

Manakala masyarakat Bidayuh pula merupakan masyarakat etnik Sarawak yang rata-ratanya mendiami kawasan bukit di luar bandar Kuching. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. 

Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka anuti. 

Kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan. 

Kebanyakan rumah di perkampungan Melayu Sarawak diperbuat daripada kayu dan kebanyakannya masih terletak di tepi sungai yang jauh daripada bandar atau pekan. 

Mereka masih bergantung kepada industri tradisional seperti mengukir kayu, perak dan membuat tenunan kain songket.

Agama Islam banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu Sarawak terutama aspek kebudayaan dan kesenian. 

Bagi aspek pembinaan, kebanyakan rumah atau bangunan mempunyai simbol atau ciri-ciri keislaman. 

Begitu juga dengan adat resam perkahwinan yang sememangnya berlandaskan Islam.
 
 
MASYARAKAT SABAH
Masyarakat Kadazan di Sabah juga mempunyai berbagai adat resam budaya yang berkait dengan kematian, kelahiran.
Kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun. 

Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. 

Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun. Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. 

Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri. Dalam kehidupan masyarakat Bajau pula, terdapat empat kategori norma atau nilai  iaitu hubungan lelaki dengan perempuan, pertunangan, perkahwinan dan perceraian.
 

Tarian limbai di iringi oleh irama kulintangan. Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang

 
      1 MALAYSIA
 
KONSEP SATU MALAYSIA
 Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.
Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat.

Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Prinsip Rukun Negara 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. 

Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. 

‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’. 

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. 

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. 

Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

Antara kepentingan penubuhan 1 Malaysia ialahmemupuk semangat kerjasama sesame masyrakat. Ia juga mempercepatkan lagi proses kesepakatan sesama masyarakat. Akhirnya ia 1 Malaysia mampu membentuk perpaduan yang utuh antara masyarakat.
 
 
DEFINISI 1 MALAYSIA
Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;
Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.
Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.
Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing.
Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.
 
 
 
 
RUMUSAN
Secara keseluruhannya istilah masyarakat majmuk ini terhasil kesan daripada penjajahan British. Bagi memastikan keadaan Negara yang aman dan damai, perkara yang paling penting ialah aspek ekonomi kerana ia menjadi isu paling sensitif. Perlu ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat penelitian sejarah salah satu langkah yang penting. Sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakan untuk membina Negara dan bangsa. Kepentingan sejarah sesuatu bangsa khususnya yang berteraskan kepada sejarah bangsa pribumi perlu diutamakan dan diberi status dan kedudukan yang utama bagi memantapkan lagi asas pembinaan Negara-Bangsa. Negara-bangsa adalah sinonim yang saling mengukuhkan identiti, nasionaliti dan nasionalisma serta unsur-unsur patriotism Negara-BangsaKesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Namun pada pertengahana abad ke 19, penghujrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran daripada Dasar Leberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah melayu.  Namun kehadiran  masyarakat luar ke Tanah Melayu  telah mencorakkan  perspektif  masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Masyarakat  majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan  mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan  pelbagai etnik yang lain. Bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai kaum, agama, kepercayaan dan adat resam seharusnya setiap pihak harus berganding bahu untuk mengukuhkan lagi perpaduan. Hal ini jelas dilakukan apabila pihak kerajaan mula mengambil tindakan dengan memperkenal sistem satu malaysia , one people dan banyak lagi. 

 

LAMPIRAN
 
KAUM MELAYU
 
Berikut merupakan perayaan-perayaan yang disambut oleh kaum melayu. Antaranya ialah hari raya aidilfitri, hari raya aidil adha, sambutan maulidur rasul dan banyak lagi.


Kaum melayu yang beragama islam akan ke masjid untuk beribadah. Selain itu banyak lagi ibadah yang dilakukan umat islam seperti membaca qur’an, berzikir dan sebagainya.  
 

 
Baju tradisional masyrakat melayu bagi perempuan ialah baju kurung, kebaya dan banyak lagi. Manakala bagi lelaki pula mereka mengenakan baju melayu
 
 
KAUM CINA

Bagi Kaum Cina yang beragama Kristian, mereka akan pergi ke gereja pada hari Ahad untuk bersembahyang. Penganut Kristian akan menyambut Hari Krismas. Manakala bagi yang beragama Buddha mereka akan bersembahyang di kuil.
 
 
Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum cina.namun begitu terdapat nbanyak lagi prayaan yang diraikan masyrakat cina.
 
Kaum Cina mempunyai tarian tradisional yang menarik antaranya ialah tarian naga, tarian singa dan tarian kipas. Terdapat juga taria lain yang juga merupakan tarian tradisional kaum cina

 
KAUM INDIA
Kaum India juga mempunyai persamaan dengan kau cina. Sebahagian mereka ada yang beragama hinddhu dan ada juga yang beragama kristian. Selain itu ada segelintir kaum india yang menganut agama islam setelah berhijrah ke tanah melayu.
 
Kaum India juga mempunyai persamaan dengan kau cina. Sebahagian mereka ada yang beragama hinddhu dan ada juga yang beragama kristian. Selain itu ada segelintir.
Antara perayaan yang disambut masyarakat india di Malaysia ialah Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
 
Antara masyarakat india ialah tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
 
Sari, kurta,sarung dan serban merupakan pakaian tradisional bagi masyrakat india.
  
KAUM SABAH DAN SARAWAK
 
Kebanyakkan masyarakat Sarawak dan sabah adalah beragama islam. Namu ade juga sebhagian mereka yang beragama kristian, dan Buddha. Ada juga yang mengamalkan kepercayaan zaman dahulu seperti animisme
Perayaan yang popular di Sarawak dikenali sebagai perayaan Gawai Dayak. Perayaan ini disaambut oleh kaum Dayak sebagai menandakan penghujung musim menuai serta permulaan musim tuaian baru. Perayaan  bagi suku kaum terbesar di Sabah pula ialah Pesta kaamatan yang dirayakan olah kaum Kadazan  Dusun. Pesta ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati “Bambazon” iaitu semangat padi.
 PESTA GAWAI
 

 PESTA KAAMATAN
 
 
 
Berikut merupakan baju kebudayaan masyrakat Sabah dan Sarawak
 
SARAWAK

 
 
SABAH